10 Ciri-Ciri Isteri Solehah




Isteri solehah merupakan suatu anugerah Allah s.w.t. kepada manusia. Di mana mereka sanggup berkorban apa saja dan menganggap suami mereka adalah segala-galanya. Berikut adalah ciri-ciri isteri yang solehah :-
1.Taat kepada suami adalah satu tuntutan mutlak berdasarkan hukum Allah dan ajaran Rasulullah s.a.w.
2.Jujur pada suami – sifat ini dapat mengeratkan lagi perhubungan suami isteri.
3.Isteri yang mampu melahirkan anak – Rasulullah s.a.w. telah menyarankan agar sekelian umatnya berkahwin dengan wanita yang baik-baik, yang mempunyai bilangan ahli keluarga yang ramai dan yang masih dara supaya boleh melahirkan anak dan darinya pula akan beroleh bilangan anak yang banyak.
4.Sedia melayani kehendak batiniah suami.
5.Sedia melayani kehendak zahiriah suami – dengan menjaga makan minum, pakaian yang sentiasa bersih, persekitaran rumah yang sentiasa teratur dan tersusun dan seumpamanya.
6.Pemegang amanah – harta benda suami, menjaga nama baik dan maruah suami, keselamatan diri dan akhlaknya serta anak-anak semasa ketiadaan suami.
7.Rela berkorban untuk suami serta ridha kepadanya berdasarkan keridhaan kepada Allah dan RasulNya.
8.Sentiasa mengembirakan hati suami serta cuba melenyapkan segala kesedihan dan kegelisahan hati suami.
9.Wanita yang memiliki sifat pengasih dan penyayang serta mempunyai ciri-ciri keibuan yang sejati.
10.Melahirkan anak perempuan yang solehah yang sentiasa patuh dan taat pada kedua ibu bapanya.

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...