Cara Untuk Mengenal Bulu Khinzir Yang Dijadikan Berus



Macam mana nak mengenal bulu khinzir yang dijadikan berus??? Berus yang murah dari China kebanyakannya diperbuat dari bulu babi… Hal ini kerana terdapat ciri-ciri khas pada bulu tersebut menyebabkan ia begitu popular dijadikan berus untuk mengecat, mewarna dan membersihkan rumah. 

Ciri-ciri bulu BABI :-
  1. Bulu yang rimbun dihujungnya (senang cerita, bulu BABI ni bercabang dihujungnya).
  2. Boleh diubahsuai dengan bahan kimia untuk menjadi lembut atau keras.
  3. Susah tertanggal dan jatuh atau cepat rosak.
  4. Senang didapati berbanding bulu haiwan lain.
Bulu BABI ni dipanggil dalam B. Inggeris ‘hog bristles, boar bristles, and pig bristle’
Senang cerita, saya kepilkan sedikit gambar untuk tatapan pembaca.. semoga umat ISLAM sentiasa berjaga-jaga dalam membeli produk berus ni ok… 





Cuba tengok bulu no 10 tu…. itula bulu BABI..
Bulu babi atau babi hutan dipanggil “Bristle” kerana bentuk mereka yang keras dan kasar. Hujung bulu babi ini mempuyai sifat yang unik iaitu hujungnya akan bercabang (split ends). Bristle daripada wilayah Chungking
China adalah yang terbaik untuk digunakan untuk mengecat.



Berus bulu kambing atau biri-biri banyak digunakan untuk kaligrafi. Hujungnya tidak bercabang seperti bulu babi. Bulu kambing atau biri-biri ini mempunyai hujung yang tajam.

Maha Suci Allah yang menjadikan bulu babi berbeza daripada bulu binatang lain.
So, hati-hati dan waspada daripada barangan HARAM ni yer… pastikan berus yang anda miliki tidak bercabang.. :)


5 comments:

  1. akhirnya saya ketemui jawapnnya. tq

    ReplyDelete
  2. Thanks for the info..bermanafaat...

    ReplyDelete
  3. terima kasih untuk informasi ini.kena berhati-hati dlm pemilihan berus. :)

    ReplyDelete
  4. Banyak membar2 masjid dan almari surau di shellek menggunakan berus babi! Begitu juga kebanyakan kerusi kayu bilik tetamu di rumah orang melayu islam dikilatkkan menggunakan berus bulu khinzir ini. Bagi Pak2 Haji yang telah ke Mekah; sedar tak kebanyakan berus2 mengecat yang dijual digerai2 barang2 mainan/ hardware di sana adalah jenis diperbuat daripada bulu babi??? Sekarang di kedai2 Hardware dan supermarket2 di Malaysia kebanyakan berus2 mengecat ada tertera tanda Halal atau sekurang2nya tertulis "Horse Hair" atau "Nylon". Masalahnya kebanyakan tukang rumah bangsa Melayu masih suka menggunakan berus jenis Bristle kerana murah. Pemilik2 rumah bila nak buat extension rumah, pastikan tukang menggunakan berus yang halal, jika tidak bulu babi akan melekat pada pintu,dinding dan almari rumah anda!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...