6 Tips Berkesan Bagaimana Untuk Mengekalkan Hubungan Baik Dengan Kawan


Islam menyuruh kita untuk berkenal-kenalan dengan seberapa ramai orang yang boleh. Ada banyak kelebihan kalau kita ada ramai kenalan atau kawan.

Antaranya kawan kita boleh menjadi :
  • tempat kita meluah perasaan
  • teman untuk kita berborak dan bertukar-tukar fikiran
  • boleh juga jadi pelanggan (kalau kita berniaga)
  • boleh menjadi teman dikala kita kesunyian @ boring
  • boleh juga jadi penasihat kita kalau kita dalam kebuntuan
  • dan banyak lagi laaa…
Pepatah Melayu pun ada mengatakan ;
Berkawan biar beribu, berkasih biar satu!
Bermaksud, kita digalakkan untuk berkawan dengan seberapa ramai orang yang boleh.
Cuma persoalannya sekarang ialah ;
Bagaimanakah kita dapat mengekalkan hubungan baik dengan kawan kita yang sedia ada? Apakah caranya untuk kita kekalkan hubungan dengan kawan-kawan kita?
Berikut ini saya kongsikan 6 tips berkesan bagaimana untuk mengekalkan hubungan baik dengan kawan-kawan kita.

  • 1. Sebarkanlah salam
Kalau anda jumpa kawan, pastikan anda beri salam dulu. Dan bila nak berpisah pun, ucap juga salam kepadanya. Fahami maksud kalimah salam itu. Dan ucapkanlah dengan penuh keikhlasan dan dengan niat kita berdoa kepada Allah supaya Allah sejahterakan sahabat kita tu.
Mengenai salam ni, nabi SAW ada berpesan dalam sabdanya ”
”Sesungguhnya manusia yang paling utama di sisi Allah ialah sesiapa yang memulakan salam.” (Hadith riwayat Abu Daud)

  • 2. Kenali perangai kawan anda
Bak kata pepatah Melayu ;
”Tak kenal, maka tak cinta”.
Bermakna anda kena betul-betul mengenali siapa kawan anda. Adakah anda tahu faham perangai kawan-kawan anda? Apa kelemahan mereka? Apa kelebihan mereka? Dengan mengenali mereka sebenar-benarnya, anda dengan mudah dapat bertolak ansur dan memaafkan sekiranya berlaku perselisihan pendapat. Jadi, kenali mereka dan layan mereka mengikut personaliti mereka.

  • 3. Menjadi pembela kepada kawan anda
Kalau kawan anda kena aniaya, kena kutuk atau kena umpat ker, anda kena la menjadi pembela kepada mereka. Kalau ada orang lain cerita keburukan mereka, jangan la anda mengiakan pula. Anda kena menafikannya dan cover mereka sebaik mungkin. Cerita tentang kebaikan mereka. Anda kena jadi penyokong, pemberi semangat dan menyebelahi kawan anda.

  • 4. Saling memaafkan
Kadang-kadang berlaku pergeseran atau perbalahan @ perselisihan faham antar anda dengan kawan anda. Itu perkara biasa. Kita kan manusia biasa. Sedangkan lidah lagi tergigit maa. Yang penting, anda jangan mudah ambil hati. Saling bermaafanlah dengan kawan anda. Kalau dia sakitkan hati anda, maafkanlah dia. Kalau anda pula yang telah melukakan hati dia (samada secara sengaja atau tidak), anda jangan segan untuk minta maaf. Minta maaf dan kira kosong-kosong balik.

  • 5. Setia dalam persahabatan
Jangan khianati persahabatan anda. Contohnya, kalau kawan anda ada kongsi pengalamannya dan minta dirahsiakan. Jangan pula anda jaja cerita tu pada orang lain. Anda kena jaga amanah, jaga rahsia dan tidak mendedahkan keburukan kawan-kawan anda kepada orang lain. Jangan sekali-kali TIKAM BELAKANG kawan anda.

  • 6. Saling mendoakan
Jangan lupa untuk doakan kebaikan untuk kawan-kawan anda. Sebutlah nama mereka dalam doa anda. Doa adalah senjata yang paling ampuh dalam mengekalkan hubungan. Doakan apa saja kebaikan untuk kawan anda. Berdoalah pada Allah supaya hubungan anda dengan kawan-kawan sentiasa baik, mesra dan berkasih sayang antara sesama anda.
info : pakarhowto.com

1 comment:

  1. betul2...semoga kita dapat menambah kawan setiap hari dan semoga persahabatan yg telah terjalin kekal


    http://blogdowh.blogspot.com

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...